Rabu, 14 November 2012

SELAMAT TAHUN BARU 1434H ( Maal Hijrah )

SEPINTAS LALU MAAL HIJRAH
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as)

Ahad, 11 November 2012

Makluman Awal Blogger

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia...

Syukur Alhamdullillah ke Hadrat Ilahi, berkat kesabaran, bimbingan rakan sekuliah, disamping memberanikan diri mencuba meneroka fungsi blog akhirnya saya dapat menghasilkan Laman Blog Individu ini. Semoga dengan adanya perkongsian ilmu sebegini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang ICT sejajar dengan zaman kemodenan pada masa kini.
          Segala usaha selama ini akhirnya membuahkan hasil blog seperti ini. Harapan saya agar melalui Platform Blog ini saya dapat menyampaikan sebarang perkongsian maklumat kepada rakan dan murid-murid di peringkat sekolah pada masa akan datang.
          Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih di atas tunjukajar yang diberikan oleh rakan dan tutor dalam merealisasikan impian pembinaan blog saya ini.

Makluman Blogger

Pemilik blog ini tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa/sesudah melawat laman ini. Juga tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan hartabenda pelawat sekiranya pelawat mencuba tutorial atau apa apa sahaja yang dipersembahkan dalam blog ini. Segala tulisan dan pandangan dalam blog ini adalah telus. Segala artikel-artikel atau bahan-bahan info adalah dipetik dari pelbagai sumber dan disiarkan sebagai rujukan semata mata.Penulis terlebih dahulu memohon ampun dan maaf sekiranya ada antara artikel atau tulisan yang menyentuh/menganggu emosi para pelawat. Ucapan terima kasih kepada pihak sumber kerana segala rujukan adalah amat bermanafaat kepada kami.