Sabda Rasulullah s.a.w:“Barang siapa menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan mendapatkan redha Allah s.w.t semata, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau”.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. senang menghidupkan bulan Ramadhan dengan melaksanakan qiyamullail dengan tidak memaksakannya kepada para sahabat untuk melaksanakannya dan bersabda:” Barangsiapa
Kelebihan orang yang memberi makan dan minuman kepada orang yang berpuasa :
Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : “Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Pengajaran yang boleh diambil dari hadis:
1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya. 2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam. 3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.
Puasa (bahasa Arab) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
Secara Ringkas Pengertian Puasa
Puasa bermaksud perbuatan menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari.
Pemilik blog ini tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa/sesudah melawat laman ini. Juga tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan hartabenda pelawat sekiranya pelawat mencuba tutorial atau apa apa sahaja yang dipersembahkan dalam blog ini. Segala tulisan dan pandangan dalam blog ini adalah telus. Segala artikel-artikel atau bahan-bahan info adalah dipetik dari pelbagai sumber dan disiarkan sebagai rujukan semata mata.Penulis terlebih dahulu memohon ampun dan maaf sekiranya ada antara artikel atau tulisan yang menyentuh/menganggu emosi para pelawat. Ucapan terima kasih kepada pihak sumber kerana segala rujukan adalah amat bermanafaat kepada kami.